Enam ditahan ketika leka berjudi

Kertas bercetak angka dan telefon bimbit antara barang yang dirampas dalam operasi yang dijalankan tengah hari, semalam.
Kertas bercetak angka dan telefon bimbit antara barang yang dirampas dalam operasi yang dijalankan tengah hari, semalam.
A
A
A

BUTTERWORTH - Empat lelaki dan dua wanita ditahan ketika sedang leka bermain judi loteri awam haram dalam serbuan di beberapa buah premis di sini, pada jam 12 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua tangkapan ditahan dalam tujuh serbuan oleh sepasukan polis menerusi Op Dadu bagi membanteras loteri awam haram di daerah berkenaan.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 23 hingga 63 tahun.

Polis turut merampas wang tunai, telefon bimbit dan kalkulator dalam tujuh serbuan yang dibuat di beberapa premis sekitar Butterworth dan Kepala Batas, semalam.
Polis turut merampas wang tunai, telefon bimbit dan kalkulator dalam tujuh serbuan yang dibuat di beberapa premis sekitar Butterworth dan Kepala Batas, semalam.

"Kesemua yang ditahan disyaki terlibat dengan kes judi loteri awam haram tanpa lesen di tujuh buah premis berbeza di kawasan Butterworth dan Kepala Batas. Mereka ditahan dalam operasi yang berakhir pada jam 5 petang semalam.

"Polis turut merampas 14 keping slip kertas bercetak angka disyaki judi loteri awam haram, tujuh buah telefon bimbit, tujuh buah pencetak data mudah alih pelbagai jenama dan sejumlah wang tunai. Kesemua barang rampasan akan dihantar ke pakar judi yang dilantik untuk tujuan analisa," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan kes masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: