Rakyat tolak politik ‘pak pandir’: Abdul Hadi

Hadi
Hadi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kemenangan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam PRK DUN Rantau menunjukkan rakyat menolak budaya politik populis dan ‘pak pandir’ yang hanya pandai menyalahkan pihak lain.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, kekalahan PKR di Rantau juga merupakan isyarat penolakan rakyat kepada PH yang gagal menunaikan janji mereka.

“Syukur kepada ALLAH dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih Datuk Seri Mohamad Hasan bagi mewakili rakyat bermasyarakat majmuk di DUN Rantau.

“Kemenangan ini menunjukkan perkembangan positif ke arah agenda penyatuan ummah dan permuafakatan di kalangan parti-parti pembangkang, NGO (badan bukan kerajaan) dan tokoh berpengaruh,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu turut merakamkan penghargaan kepada ahli dan jentera Pas serta semua pihak yang membantu dalam kempen PRK DUN Rantau.

Mohamad mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang di DUN Negeri Sembilan selepas memenangi kerusi DUN Rantau, hari ini.

Mohamad, 62, yang mewakili BN menewaskan calon PH, Dr S Streram, 64, dengan majoriti 4,510 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang mesra disapa Tok Mat itu menang selepas memperoleh 10,397 undi manakala Streram memperoleh 5,887 undi.

Artikel Berkaitan:

Dua calon Bebas, Mohd Nor Yassin dan R Malar masing-masing hanya mendapat 79 dan 83 undi.