MOM tak lantik individu dikait Jho Low sebagai COO

Majlis Olimpik Malaysia (MOM)
A
A

LANGKAWI - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak pernah melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia, Ung Su Ling yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, sebagai Ketua Pegawai Operasi MOM.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perkara tersebut disahkan Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

"Apabila berita itu keluar, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ada hubungi saya nafikan perkara tersebut.

"Beliau kata bahawa pelantikan itu tidak dibuat dan beliau sendiri akan pastikan pelantikan akan dibuat melalui merit terbaik," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Syed Saddiq berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal mengenai pelantikan Ung sebagai COO baharu MOM. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia