Siti Nurhaliza tamatkan kayuhan 72km, di tempat ke-22

Datuk Seri Siti Nurhaliza
Datuk Seri Siti Nurhaliza
A
A
A

PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza hari ini mencuri tumpuan ramai apabila turut menyertai program berbasikal Kayuhan Langkawi RHB di Dataran Marmar, Langkawi, pagi ini.

Dalam acara ini, Siti melakukan kayuhan untuk kategori Warisan dengan mengelilingi pulau itu dengan jarak sejauh 72km.

Pelantun lagu Anta Permana ini telah berjaya menamatkan kayuhan pada jarak tersebut dalam masa tiga jam, 13 minit dan 30 saat, sekali gus berada di tempat ke-22 daripada 1000 peserta.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Siti mendedikasikn medal yang dimenangi itu kepada cahaya mata kesayangannya, Siti Aafiyah.

“Alhamdullillah medal ni untuk anak ibu tau. Banyak kenangan nak mendapatkan dan menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.

“Mula-mula ibu nak masuk 25km saja, iyalah fun ride la kann. Lepas tu satu team kata alang-alang dah sampai Langkawi, jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah lah tak pernah lebih 50km, berangan nak 72km.

“Berbekalkan semangat dan bantuan trainer saya #faizboh, saya kuatkan semangat,” luah Siti.

Artikel Berkaitan:

Datuk Seri Siti Nurhaliza
Datuk Seri Siti Nurhaliza

Dalam pada itu, kata Siti lagi, sebelum memulakan kayuhan dia telah terjatuh sehingga menyebabkan lututnya luka. Bagaimanapun, Siti tetap bersemangat meneruskan acara dan berjaya menamatkan kayuhan dengan baik.

“Apa yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas, saya dah ‘jatuh bodo’. Lukalah lutut. Macamanalah boleh jatuh, padahal dah berhati-hati sangat. Tak apa tebalkan muka, semangat punya pasal.

“Berlepas saja, hati dah dup dap dup dap. Takut jatuh lagi. Tapi tapi Alhamdullillah, Allah pelihara sepanjang jalan. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km dan habiskan.

“Sambil kayuh, sambil istigfar, sambil bising bila nak habis ni. Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir Aafiyah kat bilik nak susu, Aafiyah nak susu. Itu yang buat ibu kayuh lagi laju tau Aafiyah,” kongsi Siti.

Selain Siti, kategori Warisan turut disertai Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.