'Lawan Belgium lebih mudah berbanding Croatia'

Ziyech (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Belgium, Amadou Onana pada aksi Kumpulan F Piala Dunia Stadium Al Thumama pada Ahad. - Foto EPA
Ziyech (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Belgium, Amadou Onana pada aksi Kumpulan F Piala Dunia Stadium Al Thumama pada Ahad. - Foto EPA
A
A
A

PEMAIN sensasi, Hakim Ziyech menyifatkan aksi Maghribi menentang Belgium lebih mudah berbanding Croatia selepas menerajui Kumpulan F Piala Dunia Qatar 2022 selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas The Red Devils pada Ahad.

Sebagai pasukan pilihan, Belgium mahu mengekalkan rekod kemenangan kesembilan berturut-turut dalam pertemuan di Stadium Al Thumama itu tetapi Maghribi berhak menang selepas seri tanpa jaringan dengan Croatia pada aksi pertama kumpulan 23 November lalu.

Pemain sayap Chelsea itu memberitahu, perlawanan pertama lebih sukar buat Maghribi kerana mereka tidak dapat menampilkan persembahan sebenar.

“Croatia mempamerkan corak permainan yang sangat bagus. Mereka menguasai bahagian tengah dan kami juga melakukan banyak kesilapan,” ujar Ziyech.

Maghiribi membuka tiran jaringan menerusi Romain Saiss yang menyudahkan sepakan percuma Abdelhamid Sabiri sebelum Zakaria Aboukhlal mengesahkan kemenangan buat Atlas Lions pada masa kecederaan.

Ziyech turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan biarpun golnya dalam separuh masa pertama dibatalkan kerana ofsaid.

Beliau kemudian mencipta bantuan jaringan kepada Aboukhlal pada masa kecederaan.

“Saya tidak layak meraih trofi Pemain Terbaik Perlawanan ini.

Artikel Berkaitan:

“Ia adalah usaha kolektif, semua orang berada di belakang saya, ia adalah kerja keseluruhan pasukan,” katanya.