Netanyahu meterai perjanjian dengan pemimpin 'ekstremis'

Ben-Gvir pernah mencetuskan kemarahan penduduk Palestin selepas beliau menyokong pelampau Yahudi beribadat di pekarangan Masjid al-Aqsa (Haram al-Sharif). - Foto Agensi
Ben-Gvir pernah mencetuskan kemarahan penduduk Palestin selepas beliau menyokong pelampau Yahudi beribadat di pekarangan Masjid al-Aqsa (Haram al-Sharif). - Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Pemimpin 'ekstremis' Yahudi memeterai perjanjian kerajaan gabungan bersama Benjamin Netanyahu yang memimpin Parti Likud.

Di bawah kesepakatan pertama itu, Itamar Ben-Gvir yang memimpin Parti Otzma Yehudit dilantik untuk memegang jawatan Menteri Keselamatan Negara yang akan memberi 'kuasa lebih meluas' kepadanya untuk menindas penduduk Palestin.

Beliau juga akan memegang beberapa portfolio termasuk Timbalan Menteri di Kementerian Ekonomi dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Awam di Parlimen (Knesset).

Ahli politik ultra-nasionalis itu tidak disukai banyak pihak kerana sering mengeluarkan kenyataan anti-Arab selain pernah disabit bersalah berkaitan kes rasisme pada 2007.

"Kita mengambil langkah penting untuk membentuk kerajaan berhaluan kanan sepenuhnya," kata Ben-Gvir pada Jumaat.

Difahamkan, rundingan dengan rakan gabungan lain masih diteruskan dan pembentukan kerajaan baharu belum dimuktamadkan oleh Netanyahu yang diberi mandat oleh Presiden Isaac Herzog setelah pemimpin veteran itu membuat 'come back' susulan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Kelima pada 1 November lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: