Hina Agong perbuatan derhaka: Ummah

Masridzi (tiga, kiri) hadir membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, berikutan isi penularan gambar yang dimuat naik di Facebook 'Sabah - Sarawak Merdeka'.
Masridzi (tiga, kiri) hadir membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, berikutan isi penularan gambar yang dimuat naik di Facebook 'Sabah - Sarawak Merdeka'.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menyifatkan perbuatan memuat naik gambar berbentuk penghinaan di Facebook 'Sabah - Sarawak Merdeka' terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai derhaka.

Ketua Keselamatan Ummah, Masridzi Sat berkata, pihaknya memandang serius dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera membendung perbuatan memalukan itu.

Menurutnya, itu adalah perbuatan derhaka yang melampau sebagai pencetus provokasi dan huru-hara dalam negara.

"Tindakan biadab itu juga boleh menimbulkan perasaan gusar tidak tenteram di antara kaum.

"Ummah menyifatkan tindakan ini sebagai satu sikap yang ingin memberontak menentang Raja-Raja Melayu khasnya Yang di-Pertuan Agong. Kami menentang sekeras-kerasnya perbuatan penderhakaan ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Tambah Masridzi, perbuatan provokasi ini berniat jahat yang bertujuan untuk menghina dan memalukan institusi raja.

Katanya, penghinaan ini menunjukkan sikap sebahagian pihak yang tidak menghormati penyatuan masyarakat majmuk daripada pelbagai kaum yang sebelum ini terbina hasil semangat perpaduan dan keharmonian sejak kemerdekaan dikecapi.

"Bagi mengelakkan daripada tercetusnya perkara yang tidak diingini, diharap pihak polis mengambil tindakan segera untuk menyiasat dan membawa penderhaka itu ke mahkamah," katanya.

Artikel Berkaitan: