Malar teruja mengundi kali pertama

R Malar - Foto:ADAM AMIR HAMZAH
R Malar - Foto:ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Selain teruja sebagai calon PRK DUN Rantau, hari ini juga menjadi detik bersejarah buat R Malar kerana pertama kali mengundi.

Malar yang memilih untuk bertanding atas tiket Bebas berkata, dia yang tinggal selama 25 tahun di luar negara tidak berpeluang untuk menunaikan tanggungjawabnya itu.

"Pengalaman pertama mengundi juga merupakan salah satu sebab mengapa saya memilih untuk bertanding (PRK DUN Rantau).

"Malah hasrat saya untuk menjadi orang pertama mengundi juga tercapai," katanya pada sidang media sebaik selesai mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Chung Hua Rantau, di sini.

Katanya lagi, dia juga berterima kasih dan bersyukur dengan sokongan yang ditunjukkan suaminya, David Lea yang menyediakan sarapan pagi sebelum dia keluar mengundi.

Terdahulu, Malar yang memakai skirt batik iaitu pakaian sama yang dipakainya pada hari penamaan calon dua minggu lalu tiba seawal jam 6.40 pagi.

Malar ketika berkempen sebelum memberitahu bahawa dia ingin menjadi orang pertama tiba dan mengundi.

Dalam pada itu, PRK DUN Rantau menyaksikan persaingan empat penjuru antara calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Calon PH, Dr S Streram dan dua calon Bebas iaitu Malar dan Mohd Nor Yassin.

Artikel Berkaitan: