PRK DUN Rantau: Hampir 70 peratus keluar mengundi

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun (tengah) meninjau proses mengundi bagi PRK DUN Rantau di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Nyatoh hari ini. -Foto Bernama
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun (tengah) meninjau proses mengundi bagi PRK DUN Rantau di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Nyatoh hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 69 peratus pengundi DUN Rantau direkodkan keluar mengundi setakat jam 3 petang ini.

Angka itu menghampiri sasaran mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 70 peratus dan turut dijangka melepasi sasaran itu.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan(BN), Dr S. Streram(PH) dan dua calon Bebas, R Malar dan Mohd Nor Yassin.

Seramai 20,804 pengundi layak mengundi hari ini bagi menentukan wakil rakyat pilihan mereka.

Sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka bermula dari 8 pagi hingga 5.30 petang.

Secara keseluruhan jumlah pengundi ialah 20,962.

PRK ini diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad, yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 Nov tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada PRU14 terbatal dan tidak sah.

Artikel Berkaitan: