Kerajaan galak kempen bebas asap rokok

Hasnul Zulkarnain (tiga dari kiri) ketika merasmikan Kempen Perak Bebas Asap Rokok di Pasar raya Besar Mydin Meru Raya, hari ini.
Hasnul Zulkarnain (tiga dari kiri) ketika merasmikan Kempen Perak Bebas Asap Rokok di Pasar raya Besar Mydin Meru Raya, hari ini.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak menggalakkan mana-mana pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama menyokong kempen berhenti merokok hasil inisiatif Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, ia sebagai lanjutan kempen yang dianjurkan jabatan dan agensi kerajaan dalam memastikan persekitaran bebas asap rokok.

"Usaha yang dilakukan Ikram Health dengan memperkenalkan kempen Perak Bebas Asap Rokok (Perbar) sangat dialu-alukan. Kerajaan Perak memang menggalakkan kempen-kempen seperti ini bukan sahaja fokus kepada anak muda tetapi golongan dewasa.

"Sambutan terhadap kempen ini, alhamdulillah sangat baik dengan pelbagai aktiviti diadakan dan diharapkan ia akan terus diadakan," katanya selepas merasmikan Kempen Perak Bebas Asap Rokok di Pasar raya Besar Mydin Meru Raya di sini, hari ini.

Menurutnya, biarpun isu merokok sensitif kepada sebahagian pihak, namun ia tidak menghalang kempen berterusan dibuat dan dilaksanakan di seluruh Perak antaranya Teluk Intan dan Taiping selain di Ipoh.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai dapat mengambil kesempatan untuk berhenti merokok pada Ramadan ini.

Artikel Berkaitan: