PM sempurnakan pelepasan kelapan LTdL

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

LANGKAWI - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyempurnakan pelepasan perlumbaan peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 yang bermula di Dataran Lang di sini.

Perlumbaan peringkat terakhir itu melibatkan jarak sejauh 103.8 kilometer bermula dari Dataran Lang, melalui zon pecutan di Nyior Chabang, Ulu Melaka dan Pekan Kuah, serta tiga zon pendakian Kategori Tiga di Lebuhraya Langkawi, sebelum berakhir dengan tiga pusingan di Pekan Kuah.

Hadir sama isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. - Bernama

Artikel Berkaitan: