CD, patung wanita dijumpai dalam bilik penagih dadah

Antara yang ditahan AADK. - Foto Ihsan AADK Miri
Antara yang ditahan AADK. - Foto Ihsan AADK Miri
A
A
A

MIRI - Patung wanita dan cakera padat (CD) cerita berunsur lucah antara barangan yang dijumpai dalam bilik seorang lelaki disyaki penagih dadah di Bekenu di sini, semalam.

Lelaki berkenaan ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Miri dalam operasi Perdana One Stop Commitee yang dilaksanakan sejak Rabu lepas.

Operasi turut disertai Jawatankuasa Keselamatan Penduduk (JKP) dan RELA Miri.

Ketua AADK Daerah Miri, Mazalan Jikran berkata, lelaki berkenaan berusia 48 tahun dan masih bujang dipercayai menggunakan syabu untuk meningkatkan nafsu dan menonton video lucah serta patung wanita.

Patung wanita yang ditemui dalam bilik seorang penagih lelaki berusia 48 tahun. - Foto Ihsan AADK Miri
Patung wanita yang ditemui dalam bilik seorang penagih lelaki berusia 48 tahun. - Foto Ihsan AADK Miri

"Lelaki tersebut ditahan apabila ujian saringan awalnya positif syabu.

"Semasa pemeriksaan di dalam bilik suspek, menemui beberapa CD lucah dan patung pemuas seks," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazalan berkata, suspek itu merupakan antara 39 yang diberkas.

Artikel Berkaitan:

Kesemua mereka berusia antara 20-an hingga 60-an dan seorang suspek wanita.

"Seramai 36 suspek akan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983 dan tiga lagi akan disiasat di bawah Seksyen 6(3) akta yang sama," katanya.