Rezeki PRK DUN Rantau

Muhd Farhan sedang menyusun vuvuzela untuk dijual sempena PRK DUN Rantau, di sini, hari ini. - Foto Adam Amir Hamzah
Muhd Farhan sedang menyusun vuvuzela untuk dijual sempena PRK DUN Rantau, di sini, hari ini. - Foto Adam Amir Hamzah
A
A
A

SEREMBAN - Jika peniaga lain mengambil peluang menambah rezeki dengan menjual makanan dan minuman sempena hari pengundian PRK DUN Rantau hari ini, tetapi Muhd Farhan Yuzaini, 19, menjual vuvuzela.

Alat berkenaan dijual kepada penyokong parti untuk menarik perhatian para pengundi.

Dia yang datang dari Pulau Pinang mencuba nasib berniaga sempena PRK ini selepas berjaya menjual 3,000 vuvuzela pada PRU14 di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

"Sejak kelmarin saya dah tiba di sini (Rantau) untuk berniaga kerana inilah peluang untuk saya menambah rezeki.

"Saya buka gerai jam 8.30 pagi dan sehingga jam 11 pagi telah terjual 100 trompet. Satu trompet dijual dengan harga RM5," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: