Pusat judi operasi dua hari diserbu polis

Antara mesin simulator judi yang dirampas polis dalam serbuan malam tadi. - Foto ihsan polis
Antara mesin simulator judi yang dirampas polis dalam serbuan malam tadi. - Foto ihsan polis
A
A
A

CHERAS - Sebuah pusat judi yang baru beroperasi dua hari di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi di sini, diserbu polis malam tadi.

Dalam serbuan sekitar jam 11.30 malam itu, polis turut menahan tiga lelaki warga asing.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, semasa serbuan terdapat tiga lelaki di dalam premis tersebut iaitu pekerja premis yang merupakan warga Bangladesh.

"Dua lagi lelaki, juga warga Bangladesh sedang leka bermain mesin perjudian turut ditahan dan polis percaya kegiatan perjudian di premis ini baru beroperasi dua hari.

Antara mesin simulator judi yang dirampas polis dalam serbuan malam tadi. - Foto ihsan polis
Antara mesin simulator judi yang dirampas polis dalam serbuan malam tadi. - Foto ihsan polis

"Hasil pemeriksaan dalam premis tersebut, telah menjumpai beberapa peralatan dan mesin perjudian antara yang dirampas adalah tiga keping kad tambah nilai mesin simulator, tiga buah mesin simulator judi dan wang tunai RM400," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Mokhsein berkata, semua suspek dimasukkan ke lokap Balai Polis Cheras dan permohonan reman akan dibuat hari ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.

Artikel Berkaitan: