Jet Airways gantung semua penerbangan antarabangsa

Jet Airways terpaksa menggantung semua penerbangan antarabangsa sehingga Isnin depan.
Jet Airways terpaksa menggantung semua penerbangan antarabangsa sehingga Isnin depan.
A
A
A

NEW DELHI - INDIA. Ramai penumpang dilaporkan terkandas di India dan serata dunia ekoran tindakan syarikat penerbangan Jet Airways menggantung semua penerbangan antarabangsanya.

Penerbangan dari London, Paris dan Amsterdam antara penerbangan yang terjejas akibat pembatalan tersebut.

Menurut laporan, Jet Airways terpaksa membatalkan semua penerbangan antarabangsa sehingga Isnin depan sementara pinjaman baharu dapat dibuat bagi meneruskan operasi.

Jet Airways dipercayai mempunyai jumlah hutang yang besar, dan Khamis lalu ia terpaksa menggantung operasi 10 buah pesawat berikutan kegagalan membuat bayaran kepada syarikat pemajak.

Daripada sejumlah 100 pesawat yang dimiliki Jet Airways tidak dapat dipastikan jumlah sebenar pesawat yang masih beroperasi.

Jet Airways mempunyai 600 laluan perjalanan domestik dan 300 laluan antarabangsa namun syarikat penerbangan di India harus mempunyai sekurang-sekurangnya 20 yang pesawat beroperasi bagi membolehkannya meneruskan operasi antarabangsa.

Sementara itu, pengurusan Jet Airways dan pemegang saham utama termasuk konsortium peminjam kini berusaha mencari penyelesaian. - Agensi

Artikel Berkaitan: