Abang sulung yakin Tok Mat menang

Azman hadir seawal jam 8.15 pagi untuk mengundi di SRJK (C) Chung Hwa Rantau, hari ini. - Foto Adam Amir Hamzah
Azman hadir seawal jam 8.15 pagi untuk mengundi di SRJK (C) Chung Hwa Rantau, hari ini. - Foto Adam Amir Hamzah
A
A
A

SEREMBAN - "Susah macam mana pun saya akan datang untuk mengundi," demikian kata abang kepada calon BN PRK DUN Rantau, Datuk Azman Hasan, 72.

Azman merupakan abang sulung kepada Datuk Seri Mohamad Hasan yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan seperti slip disc, masalah jantung hadir seawal jam 8.15 untuk mengundi di SRJK (C) Chung Hwa Rantau.

Katanya, meskipun berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan, beliau tetap bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab demi adiknya.

"Tambah lagi PRU14 lalu pengundi DUN Rantau tidak berpeluang mengundi selepas BN diisytiharkan menang tanpa bertanding. Jadi hari ini saya gunakan sebaik mungkin peluang.

"Walaupun hari ini mengundi dalam keadaan BN kalah, namun saya yakin beliau akan menang (Mohamad) bagi membolehkan perjuangan bangsa diteruskan," katanya.

Azman turut berkongsi bahawa pengalaman mengundi kali ke-15 hari ini ternyata sangat berbeza baginya selepas kesihatannya semakin merosot sejak 2008.

Artikel Berkaitan: