Lelaki bertindak bakar jaket depan Rumah Putih

Seorang lelaki menerima rawatan selepas membakar jaketnya di depan Rumah Putih. - Foto Reuters
Seorang lelaki menerima rawatan selepas membakar jaketnya di depan Rumah Putih. - Foto Reuters
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki tidak dikenali dilaporkan membakar jaket miliknya di depan bangunan Rumah Putih, semalam.

Menurut Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS), lelaki yang menaiki skuter elektrik tersebut berjaya ditahan dan diberi bantuan kecemasan ekoran cedera ringan yang dialaminya sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Seorang lelaki mengangkat tinggi jaket miliknya yang dibakar dan enggan mematuhi arahan polis agar berhenti berbuat demikian," kata seorang aktivitis hak asasi, Daniel Kingery.

Ekoran insiden itu, Perkhidmatan Rahsia AS menutup kawasan Pennsylvania Avenue yang terletak di hadapan bangunan Rumah Putih kepada pejalan kaki.

Insiden berlaku selepas ucapan Presiden Donald Trump di Rumah Putih berhubung rangkaian internet 5G negara itu. - Reuters

Artikel Berkaitan: