PRU15: PN ada majoriti termasuk ahli Parlimen BN

Teck Lee diserbu media ketika keluar daripada kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara Kuala Lumpur pada Ahad.
Teck Lee diserbu media ketika keluar daripada kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A


KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) didakwa sudah mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan termasuk ahli-ahli Parlimen daripada BN dan tanpa Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu didedahkan Timbalan Presiden PN, Datuk Seri Yong Teck Lee ketika ditemui media selepas meninggalkan kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pada Ahad.

"PN sudah habis bincang bentuk kerajaan. Kedudukan masa kini, kita yakin akan selesai secepat mungkin.

"PN bawah kepimpinan Muhyiddin sudah ada majoriti.

"Memang banyak ahli-ahli Parlimen pelbagai parti termasuk BN. Kedudukan PH seperti yang diumumkan Muhyiddin semalam," katanya pada Ahad.



Ditanya sama ada penglibatan BN akan membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau yang juga Presiden Parti Progresif Sabah bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kita tunggu secepat mungkin ada berita," ujarnya.

Sebelum itu, perbincangan pemimpin-pemimpin PN dipercayai berlangsung di kediaman Muhyiddin dalam usaha gabungan itu membentuk kerajaan.

Ia susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada mana-mana parti politik memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi parlimen yang dipertandingkan untuk membentuk kerajaan.
Artikel Berkaitan: