Laman Facebook hina Agong akhirnya disekat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia adalah agensi yang bertindak menyekat mana-mana laman sosial jika terdapat aduan daripada orang awam.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia adalah agensi yang bertindak menyekat mana-mana laman sosial jika terdapat aduan daripada orang awam.
A
A
A

SHAH ALAM - Laman Facebook bernama Sabah-Sarawak Merdeka yang menghina Yang di-Pertuan Agong gagal dikesan kewujudannya ketika ini.

Laman Facebook itu kemungkinan disekat selepas netizen menggerakkan kempen melaporkan salah laku pengendali dan fungsi laman berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina Agong perbuatan melampau

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan hina Agong gugat perpaduan kaum

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun supaya menyiasat kes tersebut dengan segera dan mengambil tindakan sewajarnya untuk membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara dengan niat untuk mencetuskan keadaan tidak harmoni dalam masyarakat.

Tindakan laman Facebook itu yang mengubah gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah perbuatan menghina Raja yang melanggar undang-undang dan melampau.

Beberapa laporan polis juga dibuat bagi mendesak polis melakukan siasatan dan mengesan pengendali laman Facebook berkenaan.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan pengendali laman Facebook itu memuat naik beberapa keping gambar secara berasingan yang menjelikkan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Artikel Berkaitan:

Gambar itu tular dan mendapat ribuan reaksi negatif daripada netizen.