PRK Rantau: Ceramah perdana pecutan terakhir PH

Ceramah perdana PH berlangsung di Sendayan malam ini sebelum tempoh kempen PRK DUN Rantau berakhir. - Foto:ADAM HAMZAH
Ceramah perdana PH berlangsung di Sendayan malam ini sebelum tempoh kempen PRK DUN Rantau berakhir. - Foto:ADAM HAMZAH
A
A
A
SEREMBAN - Beberapa jam sebelum tempoh kempen tamat, PH membuat pecutan terakhir dengan mengadakan ceramah perdana di Sendayan di sini malam ini.

Ceramah ini menghimpunkan barisan pimpinan tertinggi PH, antaranya Ketua Umum PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Turut hadir, calon PH, Dr S Streram dan pemimpin-pemimpin yang mewakili parti komponen PH.

Ceramah perdana PH berlangsung di Sendayan malam ini. - Foto:ADAM HAMZAH
Ceramah perdana PH berlangsung di Sendayan malam ini. - Foto:ADAM HAMZAH



Selain mendengar ceramah, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian artis popular, Siti Nordiana.

Artikel Berkaitan:


PRK DUN Rantau akan berlangsung esok yang menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Selain Streram, calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, dua calon Bebas iaitu R Malar dan Mohd Nor Yassin turut bertanding.