Sultan Johor selamat tiba di Johor

Sultan Johor selamat tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hari ini. - Foto Royal Press Office
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selamat pulang hari ini selepas mengadakan lawatan ke keluar negara sejak minggu lalu.

Menurut perkongsian laman Facebook rasmi, baginda tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai jam 8.10 malam.

Kepulangan baginda disambut Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris Sultan Iskandar; Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Sultan Johor selamat tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hari ini. - Foto Royal Press Office
Sultan Johor selamat tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hari ini. - Foto Royal Press Office

Baginda membuat lawatan peribadi ke Bahrain dan mengadakan pertemuan dengan Raja Bahrain, Raja Hamdan Bin Isa Bin Salman Al-Khalifa, semalam.

Dalam pertemuan itu, baginda turut mengenakan pakaian tradisional Arab sebagai menghormati Raja Bahrain.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia