Nahas kereta api di China ragut enam nyawa

Keretapi 25 gerabak tergelincir daripada landasan dan merempuh sebuah rumah di wilayah Henan, China pada Rabu.
Keretapi 25 gerabak tergelincir daripada landasan dan merempuh sebuah rumah di wilayah Henan, China pada Rabu.
A
A
A

BEIJING - CHINA. Pasukan penyelamat menemui enam mayat di tengah China selepas kereta api kargo membawa bijih aluminium tergelincir daripada landasan dan merempuh sebuah rumah, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam (waktu temnpatan) pada Rabu apabila kereta api 25 gerabak tergelincir daripada landasan dan terbalik, melanggar sebuah rumah di Gongyi, wilayah Henan.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada awal pagi Jumaat selepas mayat empat kru dan dua penduduk kampung ditemui.

Usaha menyelamat sukar kerana gerabak yang terbalik dan bertindih antara satu sama lain serta dipenuhi bijih aluminium, kata pemerintah Gongyi.

Kereta api itu dimiliki oleh Chalco, pengeluar aluminium milik negara terbesar di China.

Setiap gerabak membawa 60 tan bijih aluminium, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan tersebut. – AFP

Artikel Berkaitan: