Perbalahan keluarga sumbang kes dera kanak-kanak

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Perbalahan keluarga dikenal pasti sebagai antara penyumbang utama kes penderaan kanak-kanak di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, sebanyak 4,583 kes atau 17.42 peratus daripada 26,314 kes penderaan yang dilaporkan sejak 2013 hingga November tahun lalu adalah disebabkan perbalahan keluarga.

“Penderaan kanak-kanak berlaku kerana keganasan rumah tangga berlaku di rumah dan kanak-kanak menjadi mangsa,” katanya.

"Berdasarkan kajian dijalankan Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender, Universiti Sains Malaysia, sembilan peratus wanita yang pernah mempunyai pasangan di negara ini melalui episod keganasan rumah tangga," katanya.

Menurutnya, 73 peratus daripada mereka melaporkan anak-anak mereka melihat atau mendengar perbuatan tersebut dilakukan di rumah.

Terdahulu, Hannah menghadiri majlis yang menandakan bermulanya pembangunan semula pusat jagaan kanak-kanak Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan laporan WAO mengenai ‘Where’s the Child?: The Rights of Child Domestic Violence Survivors’. - Bernama

Artikel Berkaitan: