Lelaki terima pampasan RM652,000

Tengku Muhamad Khazi Hakimi Ku Hussin, 34, terjatuh dalam kemalangan pada 1 Disember 2019 di Kilometer 53 Jalan Kota Bharu - Kuala Krai, di Machang.
Tengku Muhamad Khazi Hakimi Ku Hussin, 34, terjatuh dalam kemalangan pada 1 Disember 2019 di Kilometer 53 Jalan Kota Bharu - Kuala Krai, di Machang.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang kehilangan kaki kiri akibat terjatuh ke dalam lubang dilimpahi air di jalan raya dalam kejadian dua tahun lalu menerima pampasan sebanyak RM652,000.

Tengku Muhamad Khazi Hakimi Ku Hussin, 34, yang kini cacat kekal terjatuh dalam kemalangan pada 1 Disember 2019 di Kilometer 53 Jalan Kota Bharu - Kuala Krai, di Machang.

Mahkamah Sesyen Kota Bharu yang membuat keputusan itu pada Rabu membenarkan pampasan berkenaan susulan tuntutan dibuat terhadap Roadcare Malaysia Sdn Bhd dan kerajaan Malaysia.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Tengku Muhamad Khazi Hakimi diwakili peguambela, Wahab Che Kob dan Nor Asniza Husin.

Asniza ketika dihubungi memberitahu, pihak Roadcare dan kerajaan Malaysia menafikan kewujudan lubang pada jalan tersebut.

"Bagaimanapun, mahkamah menyatakan berdasarkan bukti dan keterangan di pihak plaintif mendapati kemalangan berlaku disebabkan lubang yang dilimpahi air.

"Ia akibat kecuaian Roadcare sebagai kontraktor penyelenggara jalan kepada kerajaan Malaysia sebagai defendan-defendan," katanya pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Defendan diwakili peguam S Siva Shanker dan Asmah Che Wan.