Penjawat awam ditahan salah guna kuasa

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN- Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki menggunakan kedudukannya untuk memiliki sebidang tanah Rancangan Tanah Kelompok (RTK) di Jalan Bahau-Keratong.

Wanita berusia 36 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan ke pejabat SPRM Pahang 8 April lalu.

Sumber SPRM Pahang memaklumkan, wanita itu disyaki menggunakan kedudukannya sebagai ahli Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Tanah sebuah daerah di negeri untuk memiliki tanah seluas 1.214 hektar di RTK itu.

Dia juga dipercayai terlibat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah dan tidak membuat permohonan untuk mendapatkan tanah tersebut.

Wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun dia yang sepatutnya ditahan reman sehingga 14 April dibebaskan hari ini selepas siasatan ke atasnya selesai.

Sumber SPRM Pahang juga memaklumkan, saksi-saksi lain akan dipanggil bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Mohamad Fauzi Husin mengesahkan berhubung tangkapan tersebut.

Artikel Berkaitan: