Kementerian Pertahanan sedia bincang isu ceroboh perairan Indonesia

Mohamad bergambar bersama jawatankuasa Masjid Kota Raja selepas solat Jumaat hari ini.
Mohamad bergambar bersama jawatankuasa Masjid Kota Raja selepas solat Jumaat hari ini.
A
A
A

KLANG - Kementerian Pertahanan akan mengadakan perbincangan dua hala bersama Indonesia berhubung dakwaan yang mengatakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menceroboh perairan negara itu.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata isu tersebut seringkali berlaku dan terdapat perbincangan dijalankan sebelum ini bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan itu.

Beliau berkata buat masa ini pihaknya masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu kerana baharu sahaja selesai mengikuti Mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

"Tapi kebiasannya kalau ada kejadian sebegini, sudah tentu akan ada kerjasama antara Malaysia dan Indonesia bagi mencari penyelesaian,"katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kota Raja hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar melalui satu kenyataan menafikan pihaknya menceroboh perairan Indonesia susulan penularan video di Facebook yang mendakwa Bot Pemintas Laju (FIC) Penggalang milik agensi itu mengejar kapal Penguatkuasa Kelautan dan Perikanan Indonesia. Beliau berkata, kejadian Selasa lalu itu berlaku di kawasan pertindihan di perairan Belawan terletak 15 batu nautika dari Pulau Jarak, Perak.

Difahamkan, kawasan perairan itu dituntut oleh Malaysia dan Indonesia serta pemilikan perairan itu belum dimuktamadkan.

Dalam pada itu, Mohamad berkata perkara itu akan dibawa ke peringkat jawatankuasa khas yang turut diangotai oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas ini.

Artikel Berkaitan: