Kariah masjid teruja bertemu MB Selangor

Amirudin beramah mesra bersama kariah Masjid At-Taqwa di sini tadi.
Amirudin beramah mesra bersama kariah Masjid At-Taqwa di sini tadi.
A
A
A

BANTING- Kariah Masjid At-Taqwa di sini berbesar hati dengan kunjungan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut, hari ini.

Pengerusi Kariah Masjid At Taqwa Muhammad Omar Mohd Haris berkata ini merupakan kali pertama kunjungan Menteri Besar ke masjid ini.

"Alhamdulillah, saya serta seluruh anak kariah berbesar hati kerana Menteri Besar sudi turun dan bersolat ke masjid ini, sekaligus mengadakan sumbangan kepada masjid, surau dan maahad tahfiz di masjid ini," katanya.

Penduduk, Amran Omar, 45, berkata dia teruja tatkala bersua sendiri dengan Menteri Besar.

"Saya tak pernah jumpa beliau secara berdepan. Ini kali pertama dan memang tak sangka dapat bertemu beliau pada hari ini," katanya.

Amirudin hadir ke Masjid At-Taqwa di sini dalam siri Jelajah Maju Menteri Besar di daerah Kuala Langat.

Antara kawasan yang dikunjunginya termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Masjid At-Taqwa dan tidak ketinggalan beberapa tempat rekreasi di kawasan ini.

Artikel Berkaitan: