UTM kekalkan yuran MJIIT

Kenyataan rasmi UTM mengenai isu yuran MJIIT.
Kenyataan rasmi UTM mengenai isu yuran MJIIT.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memaklumkan bahawa yuran Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) akan terus dikekalkan.

Menurut Hal Ehwal Korporat UTM, yuran itu tidak akan berubah kerana MJIIT adalah sebuah entiti yang berautonomi dan tidak mendapat peruntukan operasi dari pihak kerajaan.

“Kenyataan pelajar yang mengatakan bahawa UTM berdiam diri adalah tidak benar.

“Perkara berkaitan yuran ini telah dijelaskan sebanyak dua kali kepada pelajar sebelum ini iaitu pada 12 Disember 2018 melalui Facebook rasmi MJIIT. Capaian https://www.facebook.com/notes/malaysia-japan-international-institute-of-technology-mjiit/kenyataan-umum-mjiit/2365615993479939?sfns=mo.

“Dan pada 7 Januari 2019 melalui surat rasmi UTM, no rujukan: UTM.J01.01/10.19/1jLD.1 (43),” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook UTM pada 9 April lalu.

Terdahulu pada tarikh sama, seramai 100 pelajar telah berhimpun secara aman di pintu hadapan UTM Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari bagi mengutarakan isu yuran MJIIT.

Pelajar terlibat telah membawa sepanduk yang menuntut tiga isu iaitu menghapuskan yuran khas MJIIT, memulangkan yuran terkumpul dan memberi penjelasan terhadap segala yang berkaitan dengan yuran.

Dalam pada itu, Hal Ehwal Korporat UTM berkata, biarpun telah dijelaskan sebanyak dua kali kepada pelajar, namun mereka masih menuntut perkara sama dan pihak universiti tidak menghalang dengan menerima baik memorandum daripada mereka.

Artikel Berkaitan: