Wanita pemilik janin dikenal pasti

Afzanizar Ahmad
Afzanizar Ahmad
A
A
A

MELAKA TENGAH - Polis telah mengenal pasti seorang wanita berusia 34 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan satu janin bayi di dalam sebuah lubang tandas di sebuah kilang pengeluar cip terkemuka di Batu Berendam, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ia dikesan sebaik wanita berkenaan tampil sendiri ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan sebelum menghilangkan diri.

"Pada sebelah petang, wanita terbabit telah dibawa oleh emaknya ke hospital. Namun, kehadiran polis pada ketika itu, baharulah pihak hospital tahu dia ada melahirkan bayi.

Sementara itu, Afzanizar berkata, hasil laporan bedah siasat janin bayi yang ditemui adalah janin bayi lelaki dipercayai berusia enam bulan.

"Berat mayat bayi adalah lebih kurang 450 gram. Mayat bayi tersebut cukup sifat, tiada kesan abnormal dan tiada kesan trauma atau cedera. Sebab kematian masih dalam siasatan," katanya.

Semalam, seorang pekerja penyelenggaraan terkejut selepas menemukan satu janin bayi dalam lubang tandas ketika membaiki saluran tersumbat tandas itu di sebuah kilang pengeluar cip terkemuka di Batu Berendam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika pekerja lelaki itu dipanggil untuk membaiki saluran tandas yang tersumbat di tingkat satu kilang itu.

Artikel Berkaitan: