Mangsa kebakaran terima sumbangan Srikandi Bersatu

Mahsuri @ Baizura (depan, tengah) bersama beberapa ahli jawatankuasa menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tok Fakir, Marang.
Mahsuri @ Baizura (depan, tengah) bersama beberapa ahli jawatankuasa menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tok Fakir, Marang.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Nasib sebuah keluarga di Kampung Tok Fakir, Merchang, Marang, yang kehilangan rumah dalam kebakaran pada 22 Mac lalu, mendapat perhatian Srikandi Bersatu Kuala Terengganu yang menyampaikan bantuan keperluan harian dan wang tunai.

Ketua Srikandi Negeri, Mahsuri @ Baizura Menon berkata, sumbangan disampaikannya bersama wakil ahli jawatankuasa Srikandi berkenaan adalah satu daripada tanggungjawab sosial dan sebagai tanda prihatin pihaknya kepada rakyat.

"Hari ini, kami menyumbangkan keperluan harian kepada keluarga Wan Mohd Rudin Wan Yaacob dan juga lampin pakai buang kepada bapanya yang sudah uzur dan hanya mampu terbaring.

"Biarpun sedikit, diharap sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka dan diharap dengan sumbangan ini dapat memberi semangat baharu kepada mangsa," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, Srikandi sentiasa memantau keluarga ini bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang diperlukan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi pada 22 Mac lalu itu memusnahkan rumah keluarga berkenaan.

Artikel Berkaitan: