Jalan antara kemudahan utama perlu tambah baik di Kuala Langat

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bergambar bersama Menteri Besar Amirudin Shari di Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bergambar bersama Menteri Besar Amirudin Shari di Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat.
A
A
A

KUALA LANGAT - Kerajaan negeri diharap dapat menumpukan pembangunan infrastruktur termasuk penambah baikan jalan raya dan pelbagai kemudahan lain di daerah ini.

ADUN Banting, Lau Weng San berkata, pembangunan infrastruktur adalah perkara amat penting dan ia selaras dengan daerah ini yang bakal dinaik taraf sebagai bandar kelak.

Lau Weng San.
Lau Weng San.

"Isu tentang penyelenggaraan jalan terutamanya memerlukan sokongan bukan sahaja daripada kerajaan negeri malahan persekutuan

"Tambahan pula Kuala Langat bakal dinaiktaraf dan ini sekaligus dengan penaiktarafan ini memerlukan perkhidmatan yang lebih mantap kepada penduduk disini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat di sini, hari ini.

Menurutnya, selain daripada kemudahan jalan yang memerlukan penambahbaikan dan penyelenggaraan, pelbagai infrastruktur lain perlu dipertingkatkan.

Artikel Berkaitan:

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bergambar bersama Menteri Besar Amirudin Shari di Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bergambar bersama Menteri Besar Amirudin Shari di Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat.

"Kuala Langat bakal menembusi alam serta fasa baru dan akan menjadi kawasan perbandaran, dengan jajaran Lebuhraya Pantai Barat yang akan dibuka. Pada masa sama pelbagai infrastruktur lain seperti dewan dan pasar perlu dipertingkatkan.

"Pembangunan yang pesat ini sememangnya memerlukan sokongan semua pihak. Dalam erti kata pelaburan dalam infrastruktur ini akan memberikan pulangan semula kepada masyarakat di Kuala Langat," katanya.

Weng San, Kuala Langat juga merupakan kawasan yang terletak bersebelahan dengan bandar-bandar ni kawasan Lembah Klang.

"Saya percaya dengan kepimpinan Menteri Besar soal ini akan dapat diatasi, sebelum ini berkenaan jalan, saya pernah bawakan dalam dalam sidang Dewan Undangan Negeri," katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Amirudin Shari hadir di beberapa kawasan di Kuala Langat pada sesi Jelajah Maju Menteri Besar di daerah ini.