Kanak-kanak tersepit jari di mesin permainan

Anggota bomba mengeluarkan jari kanak-kanak berusia 4 tahun yang tersepit di sebuah mesin permainan di Taman Bahgia Baru, pagi tadi.
Anggota bomba mengeluarkan jari kanak-kanak berusia 4 tahun yang tersepit di sebuah mesin permainan di Taman Bahgia Baru, pagi tadi.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik mencemaskan selepas jarinya tersepit di dalam sebuah mesin permainan di sebuah kedai runcit di Taman Bahgia Baru, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan jari mangsa berusia 4 tahun terbabit.

Ketua Balai BBP Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.17 dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Anggota bertindak memecahkan mesin tersebut menggunakan peralatan khas sehingga jari kanak-kanak itu dapat dikeluarkan dengan selamat.

"Kita mengambil masa kira-kira 10 minit dan kanak-kanak itu diberikan rawatan awal oleh anggota Unit bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya kepada Sinar Harian,

Dalam pada itu, Hasnuddin turut meminta ibu bapa atau penjaga memantau dan tidak leka dengan tindak-tanduk anak masing-masing untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

"Sama ada di pasar raya, taman permainan atau di mana-mana, pastikan keselamatan anak-anak menjadi keutamaan," katanya.

Artikel Berkaitan: