Peratus belia, remaja terlibat dadah tinggi

Zulkifli bersama wakil NGO yang menghadiri Bengkel Bengkel Pendekatan Bersepadu, Menangani Penagihan Dadah dan Pelencongan Sosial Remaja Bersama NGO, semalam.
Zulkifli bersama wakil NGO yang menghadiri Bengkel Bengkel Pendekatan Bersepadu, Menangani Penagihan Dadah dan Pelencongan Sosial Remaja Bersama NGO, semalam.
A
A
A

BANGI – Peratus belia yang terlibat dengan dadah kerana faktor pengaruh kawan dicatatkan paling tinggi iaitu 60.8 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2014. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melaporkan belia berkenaan berusia antara 19 hingga 39 tahun.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata faktor perasaan ingin tahu mencatatkan peraturan kedua tertinggi iaitu 15.7 peratus.

Menurutnya, peratus dadah paling tinggi yang disalahguna ialah jenis opiate iaitu 45.8 peratus, methamphetamine (crystalline) 34 peratus dan methamphetamine (tablet) sebanyak 11.4 peratus.

“Remaja berusia 13 hingga 18 tahun yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis baharu methamphetamine (crystalline) berada pada peratusan membimbangkan iaitu 45.6 peratus,” katanya.

Zulkifli berkata, AADK akan lebih fokus mengenal pasti dan melaksanakan pelbagai program membanteras penyalahgunaan dadah.

“Kita telah mengenal pasti 178 kawasan berisiko tinggi di dalam zon merah di seluruh Negara,” katanya kepada media selepas merasmikan Bengkel Pendekatan Bersepadu, Menangani Penagihan Dadah dan Pelencongan Sosial Remaja Bersama NGO, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sedang merangka model baharu yang melibatkan pemegang taruh, NGO dan seluruh komuniti melalui input dari sesi program dan maklum balas masyarakat.

“Model baharu ini juga memberi pendekatan secara holistik serta penekanan di kawasan berisiko tinggi termasuk Projek Perumahan Rakyat, kawasan nelayan dan Felda,” katanya.

Artikel Berkaitan: