Rafizi tegur menteri tiada strategi komunikasi

Rafizi ketika bercakap pada program Bual Bicara: Melayu Teracam, Melayu Vs Melayu Terancam, Melayu Kini Vs Melayu Kroni di Bandar Seri Sendayan di sini, malam tadi. - Foto Sinar Harian SYAMILAH ZULKIFLI
Rafizi ketika bercakap pada program Bual Bicara: Melayu Teracam, Melayu Vs Melayu Terancam, Melayu Kini Vs Melayu Kroni di Bandar Seri Sendayan di sini, malam tadi. - Foto Sinar Harian SYAMILAH ZULKIFLI
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan PH perlu mengakui mereka tiada strategi komunikasi yang baik dengan rakyat, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, sepanjang hampir setahun mentadbir negara, banyak perkara yang tidak diterangkan dengan jelas kepada rakyat menyebabkan ia dijadikan ‘peluru’ oleh BN dan Pas.

“Saya nak tegur menteri kita, suka atau tak suka, ikut suka kamulah. Salah satu daripada masalah utama yang menyebabkan naratif perkauman dari UMNO dan Pas ini agak dominen terutamanya di media sosial dalam 10 bulan lepas ialah kerana menteri kita tidak jawab dan terangkan dengan baik.

“Menteri kena pandai terang. Kamu dibayar gaji untuk terang dengan baik. Kalau tak pandai, cari pegawai yang pandai. Kalau pegawai itu tak pandai, buang pegawai itu dan cari pegawai pandai.

"Kalau kerajaan ada masalah dari segi komunikasi dengan rakyat dan gagal beri penjelasan, maka akan dijadikan ‘bahan’ mempengaruhi pengundi atas pagar,” katanya pada program Bual Bicara: Melayu Teracam, Melayu Vs Melayu Terancam, Melayu Kini Vs Melayu Kroni di Bandar Seri Sendayan di sini, malam tadi.

Menurut bekas Ahli Parlimen PKR itu, kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka kata pemerintah pada hari ini sama dengan BN kerana rakyat mahu melihat sebahagian janji pada PRU14 dilaksanakan.

Rafizi menambah, kerajaan juga jangan mudah sensitif jika ditegur oleh rakyat yang kurang berpuas hati dengan pentadbiran sekarang.

“Teguran itu bagi memastikan kerajaan lebih peka dan menjalankan tugas dengan lebih baik.

Artikel Berkaitan:

“Jangan bila saya kata, sensitif sehingga ada di bawah ini maki hamun terus. Kalau begitu, kamu pun tiada beza dengan UMNO dan Pas,” katanya.