Kerajaan PH ibarat Pak Pandir, kata Hadi

Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan pada ceramah perdana di Taman Angsamas, Seremban, malam tadi. - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan pada ceramah perdana di Taman Angsamas, Seremban, malam tadi. - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan PH diibaratkan seperti Pak Pandir apabila sering menyalahkan kerajaan terdahulu tanpa cuba memperbaiki kelemahan sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, falsafah Pak Pandir yang diamalkan itu menunjukkan kerajaan PH tidak mampu mentadbir negara dengan baik.

"Kita terima yang sempurna dan baik itu serta baiki yang lemah. Tetapi dia (PH) tak mampu nak baiki kelemahan itu dan menyalahkan orang lain, menunjukkan tidak ada kemampuan.

"Apabila berbahas di Parlimen mereka salahkan kerajaan dulu, macam Pak Pandir. Tidak boleh politik Pak Pandir memerintah negara kita," ketika berucap pada program ceramah perdana di Taman Angsamas di sini, malam tadi.

Turut hadir, calon BN yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker; Timbalan Presiden MIC, Datuk S Saravanan dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya lagi, PRU14 dianggap sebagai pilihanraya main-main kerana ramai pengguna di media sosial percaya dengan janji-janji manis PH ketika itu.

"(PH) buat janji-janji yang mustahil nak dibuat. Ada benda yang boleh dibuat makan masa, jangan cakap besar sangat.

"Kami yang memerintah Terengganu boleh hapuskan tol, ada caranya bukan boleh janji nak buat begitu. Tapi (rakyat) pergi undi juga menyebabkan mereka (PH) menang dan berlakunya kenaikan harga barang dan kehidupan yang susah," katanya.

Artikel Berkaitan: