Anjing korek tanah kubur

Rashidah (tiga dari kanan) meninjau masalah di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasir Raja.
Rashidah (tiga dari kanan) meninjau masalah di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasir Raja.
A
A
A

KOTA TINGGI - Kehadiran haiwan liar seperti anjing dan babi di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasir Raja, di sini, membimbangkan penduduk.

Haiwan yang mengorek tanah kubur dan berkeliaran, dipercayai dibuang oleh tuannya di kawasan perkuburan tersebut.

ADUN Pasir Raja, Rashidah Ismail berkata, lawatan beliau ke kawasan perkuburan itu juga mendapati kira-kira tiga ekor anjing yang berkeliaran di situ.

“Haiwan ini berkeliaran di kawasan kubur baru yang tidak berpagar. Kubur lama berpagar, jadi ia tidak dikacau.

“Ada penduduk memaklumkan anjing liar ini mengorek tanah kubur yang baru. Perkara ini mendatangkan ketidakselesaan kepada orang ramai.

Keadaan persekitaran Tanah Perkuburan Islam Felda Pasir Raja di Kota Tinggi yang mudah diceroboh haiwan liar.
Keadaan persekitaran Tanah Perkuburan Islam Felda Pasir Raja di Kota Tinggi yang mudah diceroboh haiwan liar.

“Jadi ahli jawatankuasa masjid dan khairat kematian memohon agar kawasan kubur baru ini dipasangkan pagar supaya tidak diceroboh,” katanya selepas melakukan lawatan di tanah perkuburan itu.

Rashidah berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan kepada pejabat daerah bagi pemasangan pagar untuk mengatasi masalah itu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, beliau juga meminta agar pihak ahli jawatankuasa membuat surat kepada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) supaya operasi menangkap atau menembak anjing liar itu dapat dilakukan.

“Setakat ini, belum lagi ada laporan penduduk yang diserang haiwan buas di kawasan kubur ini, cuma mengorek tanah kubur sahaja.

“Kita kalau boleh tidak mahu sampai ada penduduk yang cedera barulah tindakan akan dilakukan,” katanya.