Perjanjian Eagle High perlu siasatan menyeluruh, kata Hishammuddin

Hishammuddin - Foto Bernama
Hishammuddin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta supaya menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan pendedahan-pendedahan menerusi Kertas Putih Felda terutamanya terhadap perjanjian yang membabitkan syarikat perladangan, Eagle High.

Menerusi perkongsian di Twitter, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perjanjian tersebut dilihat sebagai perkara yang membimbangkan selain menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

“Kertas Putih Felda ini mendedahkan beberapa perkara yang membimbangkan dan memerlukan siasatan menyeluruh. Khususnya perkara yang ada berkaitan dengan transaksi ‘Eagle High’ yang menjadi tanda tanya ramai,” katanya menerusi Twitter hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kertas Putih Felda: RM2.7 bilion diguna raih sokongan PRU

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong turut berpendapat, Kertas Putih yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam bakal memberi manfaat kepada Felda dan penerokanya.

“Berkenaan Kertas Putih Felda yang dibentangkan (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali semalam, saya berpendapat secara menyeluruh ia akan memanfaatkan Felda dan peneroka kita.

“Saya sokong dan akan bekerjasama dengannya, khususnya demi 2,285 peneroka saya di Sembrong P153,” katanya.

Artikel Berkaitan: