Gangguan LRT: KTMB sedia pilihan alternatif

KTMB menyediakan dua pilihan alternatif ke pusat bandar.
KTMB menyediakan dua pilihan alternatif ke pusat bandar.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menyediakan dua pilihan alternatif bagi pengguna pengangkutan awam ke pusat bandar berikutan gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, sejak Rabu lepas.

KTMB dalam kenyataan pada Jumaat, memaklumkan pengguna boleh menggunakan perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang dan perkhidmatan Skypark Link dari terminal Skypark di Subang.

"Perkhidmatan ini juga berhenti di stesen integrasi dengan Rapid KL iaitu Stesen Subang Jaya, Abdullah Hukum, KL Sentral, Kuala Lumpur, Bank Negara dan Putra," menurut kenyataan itu.

Menurut KTMB, sebagai pengendali pengangkutan awam, pihaknya terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Rapid KL dalam menyediakan kesalinghubungan perkhidmatan rel yang cekap buat pengguna.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my atau melalui aplikasi MyRailtime untuk maklumat lanjut berkenaan jadual waktu perkhidmatan KTM Komuter dan Skypark Link. - Bernama.

Artikel Berkaitan: