LRT tergendala: DBKL tambah laluan bas

Sebanyak enam bas disediakan sebagai alternatif kepada pengguna yang terjejas dengan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.
Sebanyak enam bas disediakan sebagai alternatif kepada pengguna yang terjejas dengan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif menyediakan laluan khas bas GoKL sebagai alternatif kepada pengguna yang terjejas dengan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, sebanyak enam bas disediakan bagi tujuan tersebut bermula Jumaat.

"Bas tersebut akan melalui Pasar Seni ke Masjid Jamek dan KLCC dengan kekerapan setiap 10 minit pada waktu puncak iaitu jam 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 8 malam.

"Sementara perkhidmatan bas GoKL bagi 11 laluan sedia dan berjalan seperti biasa, " katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Mahadi berkata, DBKL telah meningkatkan kekerapan penyuraian trafik dengan menambah dua lokasi 'point duty' di Jalan Jelatek dan Jalan Datuk Keramat.

Katanya, bilangan warden trafik di kawasan yang mempunyai aliran trafik yang tinggi turut ditingkatkan dengan kekuatan keseluruhan seramai 45 orang.

"DBKL sedia memberikan bantuan dan bekerjasama dengan Prasarana Malaysia Berhad, polis dan agensi sahabat lain bagi memastikan kelancaran trafik dan memberikan kemudahan kepada pihak yang terkesan," katanya.

Rapid KL pada Rabu memaklumkan sebanyak 16 LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula Rabu hingga 15 November depan.

Artikel Berkaitan:

Ia susulan masalah Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil yang telah mengganggu keseluruhan jadual perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya.