Tapak Lot 28164 'dibersihkan' akhirnya

Struktur kekal yang dirobohkan.
Struktur kekal yang dirobohkan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerja perobohan struktur kekal di Lot 28164 Jalan Genting Klang bersebelahan Setapak Sentral di sini, dijalankan tepat jam 8 pagi tadi.

Operasi mengejut itu dilakukan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan dibantu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis.

Seawal jam 7.30 pagi polis sudah berada di lokasi mengawal keselamatan dan menutup satu lorong jalan di Genting Klang bagi memberi laluan kepada kerja perobohan tersebut.

Meskipun berlakunya insiden 'bertikam lidah' namun, operasi perobohan premis jual kereta terpakai dan pejabat badan bukan kerajaan, Batas diteruskan.

No Image Caption

Pengosongan tapak itu bagi memberi laluan kepada projek naik taraf Taman Tasik Danau Kota untuk digunakan kira-kira 400,000 penduduk Wangsa Maju dan sekitarnya.

Disember lalu, kerja perobohan di atas tapak itu ditangguhkan susulan mendapat bantahan pengusaha yang berhimpun mempertahankan kawasan itu.

Pemilik Syaza Auto Trading, Mohd Kamal Mohd Noor berkata, pihaknya terkilan dengan tindakan perobohan tanpa notis itu namun terpaksa akur bagi mengelak suasana tegang kerana melibatkan campur tangan polis.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Sepatutnya ada notis amaran terakhir supaya kami pengusaha tidak mengalami kerugian. Kami kerugian kira-kira RM200,000 apabila kabin, khemah dan ruang pejabat dirobohkan.

"Kami dah berusaha mempertahankan tapak ini namun kerajaan sekarang terlalu tegas dan rayuan kami untuk meja rundingan tidak dilayan," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar DBKL, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu memaklumkan, operasi pada hari ini dilakukan oleh PTG Wilayah Persekutuan

No Image Caption

"DBKL hanya membantu operasi diketuai PTG Wilayah Persekutuan dan yang selesai jam 1 petang itu," katanya.

Terdahulu, keputusan perobohan diputuskan Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad selepas premis tersebut menghalang laluan masuk ke Taman Tasik Danau Kota.

Khalid berkata, peringatan pengosongan tapak dikeluarkan sejak 2013 lagi namun mereka mendapat sokongan penangguhan untuk kekal beroperasi ketika pemerintahan pimpinan dahulu.