Peluang saksi e-Sports di Sukma Johor 2020

Howard Lee
Howard Lee
A
A
A

IPOH – Peminat sukan elektrokik atau e-Sports buat julung kalinya berpeluang menyaksikan aksi hebat sukan berkenaan apabila ia dipertandingkan sempena temasya Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 kelak.

Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Perak, Howard Lee Chuan How berkata, pengesahan berkenaan dibuat oleh pihak Jawatankuasa Khas Teknikal Tertinggi Sukma baru-baru ini.

Menurutnya, pengesahan berkenaan sekali gus akan menyaksikan tawaran pingat kepada kategori-kategori yang akan dipertandingkan bagi e-Sports sempena temasya dwi tahunan itu.

“Dengan ini, e-Sports dengan rasminya disahkan sebagai sukan berpingat yang akan dipertandingkan pada Sukma Johor 2020.

“Perkara itu disahkan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Tertinggi Sukma baru-baru ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu Howard Lee berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Perak (ESP) dan juga Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) akan menganjurkan pusingan akhir pemilihan atlet yang akan mewakili Perak ke temasya dwi tahunan berkenaan pada 13 dan 14 April ini di Taman Tema Animasi (MAPs).

Katanya, pusingan akhir pemilihan ini dilakukan adalah untuk memilih atlet yang akan mewakili negara untuk kejohanan Sukan SEA di Filipina pada November 2019.

“Pemilihan bagi pusingan awal secara online telah dijalankan pada 6 dan 7 April lalu yang melibatkan hampir 400 orang peserta dari seluruh negeri Perak.

Artikel Berkaitan:

“Pada 14 April ini, satu majlis pelancaran e-sport bagi negeri Perak akan diadakan 14 April ini di MAPs selain memperkenalkan atlet yang akan mewakili negara pada temasya Sukan SEA Manila November depan,” katanya.