Buat apa balas pantun dengan Rafizi, kata Tok Mat

Mohamad
Mohamad
A
A
A

SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan enggan melayan dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Beliau sebaliknya meminta persoalan itu diajukan kepada bekas Ahli Parlimen Pandan itu untuk menjawab tuduhan berkenaan.

"Awak tanyalah Rafizi. Macam mana saya hendak jawab bagi pihak dia. Saya tidak tahu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jangan cakap saya bakal PM'

"Kalau itu cakap dia (kata saya hendak jadi Perdana Menteri). Kena tanya dialah. Saya hendak berbalas pantun dengan Rafizi buat apa?," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama BN di Ulu Kanchong di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Rafizi bahawa beliau lebih fokus untuk menjadi Perdana Menteri berbanding berkhidmat sebagai wakil rakyat DUN Rantau.

Rafizi yang membuat kemunculan pertama dalam ceramah umum PH sempena PRK DUN Rantau di Pekan Rantau malam semalam berkata, walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menafikan dakwaan berkenaan, namun ia adalah hakikat sebenar yang bertiup kencang di dalam pembangkang ketika ini.

Terdahulu, Mohamad meminta supaya spekulasi dirinya bakal menjadi Perdana Menteri dihentikan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kenyataan seumpama itu tidak sihat dan hanya akan membunuh karier politiknya lebih awal.

Spekulasi itu mula timbul selepas perkara itu dibangkitkan beberapa pemimpin BN dalam siri ceramah di Rantau.