Mohd Nor 'hilang' entah ke mana

Poster Mohd Nor yang dipasang di pondok perhentian bas.
Poster Mohd Nor yang dipasang di pondok perhentian bas.
A
A
A

SEREMBAN - Jika tiga calon PRK DUN Rantau lain sibuk dengan jadual kempen mereka tetapi tidak bagi calon Bebas, Mohd Nor Yassin.

Kali pertama beliau memanggil sidang media dan disusuli dengan aktiviti walkabout ringkas ialah pada 4 April lalu dan selepas itu 'hilang' entah ke mana.

Malah, usaha Sinar Harian menghubungi beliau beberapa kali juga gagal.

Kumpulan WhatsApp khusus untuk petugas media yang diwujudkan pada 4 April lalu seolah-olah tidak berfungsi untuk menyalurkan maklumat diperlukan.

Setiap hari media bertanya jadual aktiviti kempennya tetapi biasanya akan mendapat maklum balas lewat.

Bendera putih mewakili Mohd Nor yang kelihatan di beberapa lokasi di Rantau.
Bendera putih mewakili Mohd Nor yang kelihatan di beberapa lokasi di Rantau.

Pernah terjadi insiden media 'ditinggalkan' sebaik sahaja sampai di lokasi kempen yang diberitahu kerana beliau telah pergi ke lokasi lain.

Sebahagian media meluahkan rasa kesal dengan insiden itu kerana mereka berusaha memberi liputan kepada Mohd Nor, sama seperti calon lain tetapi tidak disambut.

Artikel Berkaitan:

Semalam, admin kumpulan WhatsApp berkenaan memberitahu bendera, gegantung dan poster Mohd Nor telah dipasang di beberapa lokasi di Rantau selain turut dikongsikan beberapa keping gambar berkaitan.

Namun apa dikesali media adalah kerana ia tidak diberitahu lebih awal.