Rumah jadi 'kedai' jual rokok seludup

Rampasan rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Gembira, Banting, semalam.
Rampasan rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Gembira, Banting, semalam.
A
A
A

BANTING - Sebuah rumah terletak di Taman Gembira, di sini, bukan hanya menjual surat khabar, namun rupa-rupanya turut menjual rokok seludup.

Kegiatan itu dibongkar sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dalam operasi, semalam, hasil maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, serbuan kira-kira jam 11.50 pagi itu berjaya merampas 70 karton rokok dianggarkan bernilai RM20,000.

"Turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun.

"Sejumlah wang bernilai RM392 disyaki hasil jualan rokok yang disembunyikan di dalam bekas kotak rokok telah disita," katanya.

Rampasan rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Gembira, Banting, semalam.
Rampasan rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Gembira, Banting, semalam.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengesan pengedar atau dalang penyeludupan rokok terbabit. Dipercayai rokok ini diseludup masuk dari negara jiran.

Katanya, siasatan juga mendapati suspek yang aktif sejak beberapa bulan lalu ini pernah beberapa kali ditangkap pihak kastam sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1957," katanya.