X

Kindly register in order to view this article
!

Tulang manusia di Uniten milik wanita berusia 20 hingga 30 tahun

Antara barangan yang ditemukan di kawasan hutan di Uniten.
A
A

SEPANG - [DIKEMASKINI] Tulang manusia yang ditemui di hutan ladang getah terbiar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini pagi Selasa lalu dipercayai milik wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, rangka tulang itu ditemui tidak lengkap tanpa bahagian tengkorak, lengan kanan serta pergelangan kaki kiri dipercayai dilarikan haiwan liar di kawasan hutan tersebut.

“Bedah siasat ke atas tulang rangka yang dijalankan pakar Unit Forensik Hospital Serdang mendapati tulang tersebut berusia lebih kurang setahun.

“Ketinggian mangsa dianggarkan antara 142 dan 146 sentimeter. Bagaimanapun punca kematian belum dapat dikenal pasti berdasarkan keadaan tulang,” katanya.

Beliau berkata, asid deoksiribonukleik (DNA) bahagian paha kiri mangsa yang ditemui dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk pemeriksaan.

Terdahulu akhbar ini melaporkan sekumpulan juruukur yang melakukan kerja mengukur tanah di kawasan Uniten terkejut menemui tulang manusia, berhampiran Kampung Datuk Abu Bakar Baginda.

ARTIKEL BERKAITAN: Tulang manusia ditemukan dalam hutan

Turut ditemui sepasang selipar, sebentuk cincin, jaket berwarna gelap, tali pengikat rambut dan gelang tangan kira-kira jam 10 pagi.

Juruukur terbabit terlihat selipar, pakaian dan bantal di satu lokasi sebelum mendapati beberapa tulang besar dibalut dengan selimut yang disyaki tulang manusia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus