PNB keluar zakat perniagaan RM1.405 juta

Zeti menyerahkan zakat perniagaan kepada Tuanku Muhriz di Istana Hinggap Seremban tadi.
Zeti menyerahkan zakat perniagaan kepada Tuanku Muhriz di Istana Hinggap Seremban tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menerima zakat perniagaan bagi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk tahun perniagaan 2017 berjumlah RM1.405 juta di Istana Hinggap Seremban tadi.

Zakat perniagaan itu, disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz kepada baginda mewakili Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan.

Turut disaksikan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PBNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Mohamed Husein dan Setiausaha MAINS, Datuk Kamal Amran Kamarudin.

Hadir sama pada majlis ini Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli dan Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBNS),Nor Azmi Musa.

Zeti membuat bacaan lafaz zakad perniagaan di hadapan Tuanku Muhriz.
Zeti membuat bacaan lafaz zakad perniagaan di hadapan Tuanku Muhriz.

Zakat yang diterima itu akan diagihkan kepada asnaf yang lapan di negeri ini yang memerlukan.

Artikel Berkaitan: