Inisiatif pulihara alam sekitar

Booh Poh (lima, kiri) bergambar bersama mereka yang terlibat  program menanam pokok bakau sempena Hari Alam Sekitar Negara 2018.
A
A

JAS anjur program tanam pokok bakau di laut

Bersempena Hari Alam Sekitar Negara 2018 peringkat negeri Penang, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang menganjurkan program penanaman pokok bakau di Pusat Pendidikan Kecil Hutan Paya Laut, Sungai Acheh di sini.

Program dianjurkan bertujuan mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas selain menyediakan platform kepada warga Malaysia untuk bersama terlibat dalam usaha penjagaan alam sekitar di samping menghayati kepentingan peranan alam sekitar untuk kehidupan manusia.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Mohd Fitri Mohd Mokhtar berkata, program berkenaan juga mengiktiraf kepada mereka yang memberi sumbangan dan jasa kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Selain itu, menurutnya ia dapat memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

"Tema Hari Alam Sekitar Negara pada tahun ini ialah 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama'. Ia dipilih bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

"Program ini turut mendapat kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai Nibong Tebal, Tanjung Pinang Development Sdn Bhd, Shan Poornam Sdn Bhd, MM Century Sdn Bhd dan Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA)," katanya di sini semalam.

Booh Poh (tengah) bergambar bersama mereka yang terlibat dengan program menanam pokok bakau sempena Hari Alam Sekitar Negara 2018.
Booh Poh (tengah) bergambar bersama mereka yang terlibat dengan program menanam pokok bakau sempena Hari Alam Sekitar Negara 2018.

Hadir merasmikan program, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang Dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Hari Alam Sekitar Negara dijenamakan semula menerusi Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) yang dianjurkan bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Malaysia pada 21 Oktober setiap tahun.NIBONG TEBAL