Tular ADUN Pilah tenat, palsu

Adun Pilah Nazarudin semasa berucap di Kampung Sikai Pilah tadi. Gambar kecil, tular Adun Pilah tenat adalah palsu.
Adun Pilah Nazarudin semasa berucap di Kampung Sikai Pilah tadi. Gambar kecil, tular Adun Pilah tenat adalah palsu.
A
A
A

SEREMBAN - Pembantu Khas ADUN Pilah, Aminudin Mohammed Yunus menafikan Mohamad Nazaruddin Sabtu tenat seperti yang tular dalam media sosial.

Menurutnya, Mohamad Nazaruddin yang juga Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Negeri Sembilan bukan sahaja berada dalam keadaan sihat malah baru selesai program kemasyarakatan di Kampung Sikai, Kuala Pilah jam 1 petang tadi.

"YB turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut di hadapan penduduk di situ. Saya pelik bagaimana orang boleh tularkan YB tenat, padahal beliau sihat walafiat.

"Keadaan YB juga sekarang ini semakin pulih, biarpun masih dalam pemulihan lagi tetapi tahap kesihatannya semakin baik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, tadi.

Aminudin berkata, masyarakat terutama penduduk di DUN Pilah tidak perlu bimbang kerana ADUN mereka masih sihat dan boleh lagi menjalankan kerja-kerja sebagai wakil rakyat.

Semalam, kecoh di media sosial mengenai tahap kesihatan ADUN Pilah yang dilaporkan semakin tenat dan perkara itu tular sehingga membangkitkan rasa kurang selesa terutamanya ahli keluarga.

Dalam PRU14 lalu, Mohamad Nazaruddin memenangi kerusi DUN Pilah menewaskan calon BN, Datuk Norhayati Omar dan calon Pas, Ahmad Fadzil Othman dengan majoriti 1,806 undi.

Artikel Berkaitan: