Disambar api ketika selamatkan ibu

Rumah Hasnah musnah dalam kebakaran di Kampung Pulau Kapas, Kota Bharu, pagi tadi.
Rumah Hasnah musnah dalam kebakaran di Kampung Pulau Kapas, Kota Bharu, pagi tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki melecur pada lengan kanan dan belakang badan akibat disambar api ketika menyelamatkan ibunya dalam kebakaran dua buah rumah di Kampung Pulau Kapas, Panji, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 2.30 pagi menyebabkan mangsa, Zamri Zakaria, 54, cedera, manakala ibunya, Hasnah Yusof, 77, turut melecur pada belakang badan dan bahu serta dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Menceritakan detik cemas itu, Zamri berkata, dia yang sedang nyenyak tidur di rumahnya yang terletak di belakang rumah ibunya itu terdengar jeritan kuat daripada wanita berkenaan yang memanggilnya melalui tingkap bilik tidur utama.

Katanya, dia yang terjaga sempat melihat tangan ibu melambai dari celahan nako dalam keadaan api yang menjulang sedang membakar rumah itu.

Dia kemudian bergegas keluar dengan hanya memakai kain pelikat tanpa berbaju untuk menyelamatkan warga emas berkenaan.

Zamri dan Hasnah melecur dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.
Zamri dan Hasnah melecur dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

“Bagaimanapun, ketika saya keluar dari rumah, ibu sudah berjaya keluar terlebih dahulu, namun tanpa disedari dia masuk semula ke dalam rumah yang sedang marak terbakar kerana mahu mengambil rantai leher di dalam bilik tidur.

“Selepas menyedari ibu masuk, saya turut masuk ke dalam rumah itu untuk menyelamatkan ibu.

Ketika itu, saya terhidu asap tebal, tetapi bernasib baik kerana tidak lemas. Ibu pula sempat mengambil rantai lehernya, manakala empat cincin terbakar.

“Sebaik nampak kelibat ibu, saya mendapatkannya dan membawanya keluar dari rumah yang sedang terbakar.

Pada masa itu juga saya dapat rasakan panas membahang di bahagian belakang badan kami,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian itu, hari ini.

Artikel Berkaitan: