Hibah TH: Rujuk akta, piawaian pelaporan kewangan

Jamil Khir Baharom
Jamil Khir Baharom
A
A
A

ALOR SETAR - Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendakwa, kemungkinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof diberikan nasihat yang kurang tepat oleh pengurusan Tabung Haji (TH), berhubung isu hibah terendah 1.25 peratus.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semua proses sebelum hibah dibuat adalah mengikut tatacara dan prosedur yang ditetapkan bawah peruntukan Akta Tabung Haji 1995 dan Akta Badan Berkanun 1980.

“Mujahid mungkin menerima maklumat yang kurang tepat. Mengikut piawaian pelaporan kewangan atau Fnancial Reporting Standard (FRS)139, para 61, ia menyatakan rosot nilai dibuat sekiranya ada penurunan signifikan atau berpanjangan tanpa memberi definisi atau penjelasan tentang tahap signifikan atau tempoh berpanjangan,” katanya, di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata, berdasarkan Akta Badan Berkanun 1980 Seksyen 11(2)b, menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan polisi perakaunan badan berkanun tersebut.

“Apa yang Mujahid rujuk dalam Facebook adalah lebih kepada Financial Reporting Standards implementation Committee (FRSIC)14, yang mana ia adalah sebagai garis panduan sahaja.

“Saya harap rakyat tidak dikelirukan dengan kenyataan yang dibuat sebelum ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: